MAJLIS BELIA MALAYSIA

Literasi Media Kreatif platform dekati belia dan sebar inisiatif kerajaan kepada belia

KUALA TERENGGANU 10 April – “Adalah diharapkan melalui program ini sedikit sebanyak memberi ilmu literasi mengenai teknik dan kreativiti dalam mengendalikan aplikasi media sosial seterusnya menarik minat belia kepada persatuan belia selain memberi infomasi kepada masyarakat tentang inisiatif kerajaan seperti Skim Perantisan Nasional (SPN), MyVAC, Penjana dan lain-lain”, ujar Ketua Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negara, Datuk Dr. Hajah Wasitah Mohd Yusof.

Beliau hadir ketika menyempurnakan majlis penutup Program Literasi Media Kreatif Siri 2 (zon pantai timur) bertempat di Scout Inn Resort.

Program yang berlangsung selama 2 hari ini disertai 50 orang peserta terdiri daripada pemimpin belia majlis belia negeri dan daerah, pegawai pejabat belia dan sukan daerah dan penggerak Rakan Muda meliputi Negeri Terengganu, Pahang dan Kelantan.

Program 2 hari ini diisi dengan teknik penggunaan aplikasi media sosial secara lebih efektif dan berkesan yang dikendalikan oleh Penerbit Utusan TV, Haji Ainol Amriz Ismail.

Encik Syahril A. Kadir, seorang pengamal media hadir di sesi ‘Meet and Greet’ bersama peserta-peserta program Literasi Media Kreatif Siri 2. Beliau juga menjawab pelbagai persoalan panas yang diutarakan oleh peserta-peserta dalam konteks kewartawanan.

Turut berlangsung sesi penerangan mengenai ‘berita palsu’ oleh Pegawai Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Negeri Terengganu, Puan Ida Khairunniah Idris serta slot ‘Bicara Setiausaha Agung MBM’ bersama Sdr. Hasnul Haniff Harun.

Slot terakhir dipenuhi dengan perkongsian dari Ketua Pengarang Utusan TV, Datuk Zulkepli Hamzah melalui sesi ‘Kilas dan Bidas: Media Konvensional dan Media Baharu’.

Peserta-peserta juga turut diberi tugasan menghasilkan video pendek berkaitan Hari Belia Negara, Skim Perantisan Nasional, Rakan Muda Aktif dan lain-lain.

Hadir sama Pengarah JBSN Terengganu, Encik Izwandy Ismail, Pengarah JBSN Kelantan, Puan Laila Nazura, Pengarah JBSN Pahang, Muazamir Hj Jili, Naib Presiden MBM, Sdr. Izzat Afifi Abd Hamid, Pengerusi Majlis Belia Negeri Terengganu, Sdr. Amirullah Othman dan Yang Dipertua Majlis Belia Kelantan, Sdr. Hafizul Nizam Abdullah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »