3 Jan 2016 Bukit Jalil – Liga Bola Sepak Juara-Juara 2016 telah berlangsung dengan jayanya pada 31 Disember 2o16 di Stadium Bukit Jalil pada pukul 3.00 petang – 7.00 malam. Perlawanan ini melibatkan 4 pasukan iaitu MyTeam MBM, KBS, Malaysia All Star dan Perbadanan Stadium Nasional (PSN).
Turut hadir memeriahkan perlawanan persahabatan ialah Ketua Setiausaha Kementerian Belia Dan Sukan (KSU KBS) Ybhg. Dato’ Lokman Hakim Ali, Timbalan Presiden MBM Sdr. Zaidi Aziz, Naib Presiden MBM Sdr. Aizat Roslan, Sdr. Jufitri Joha, Setiausaha Agung MBM Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, Penolong Bendahari Sdr, Ahmad Daniar dan barisan Exco MBM. Hadir sama lagenda bola sepak Negara Sdr. Azman Adnan dan Sdr. Shahrin Majid.
Perlawanan berakhir dengan kemenangan oleh pasukan MyTeam MBM di tempat pertama, tempat kedua oleh Malaysia All Star, tempat ketiga oleh KBS dan tempat keempat oleh Perbadanan Stadium Nasional (PSN).