KUALA LUMPUR 26 Mei – Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) merangkap Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian, Ekonomi dan Keusahawanan (MFREN) telah mengadakan pertemuan dengan Yayasan Peneraju bertempat di KL Sentral.
Pertemuan ini dalam rangka menyediakan latihan dan pendidikan keusahawanan kepada semua golongan belia melalui Pertubuhan Belia Bestari.
Beberapa perkara turut dibincangkan seperti membantu dan bekerjasama dalam menjalankan sebarang program berkaitan ‘belia-belia risiko’ terutamanya kepada belia yang pernah dan sedang ditempatkan di Sekolah Henry Gurney atau penjara.
Yayasan Peneraju diwakili Puan Zatur Rawihah Omar, Pengarah Bersekutu Kanan, Projek Khas.


