CHIGACO 27 September – Peserta “Let Leaders Lead” menziarahi pusat komuniti African American yang terletak di Selatan Chicago iaitu di West 63rd Street. Ia merupakan kawasan yang dikategorikan sebagai hitam dan mempunyai kadar jenayah yang tinggi.
Di situ juga terdapat pusat komuniti Islam di bawah kelolaan IMAN (www.imancentral.org) yang turut mempunyai kerjasama baik dengan komuniti Kristian dan Yahudi.
Komuniti African American turut berkongsi sejarah perjuangan mereka semenjak zaman kegemilangan Martin Luther King sehingga kini. Mereka bergelut dengan pelbagai masalah dan cabaran namun semangat “community organizing” dan elemen “resilience” yang tinggi menyebabkan mereka terus bertahan dan berjaya.