MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lembaga Promosi Kesihatan Tawar Geran

Putrajaya, 25 Ogos 2010 – Mungkin ramai NGO masih belum sedar tentang kewujudan Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia yang ditubuhkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. LPKM ini diwujudkan pada tahun 2007 berikutan pewartaan Akta Lembaga Promosi Kesihatan Malaysia 2006 (Akta 651). Tujuan utama penubuhan adalah untuk memperluaskan bidang promosi kesihatan dengan penglibatan masyarakat bersama dengan NGO yang didaftarkan dengan Pendaftar Pertubuhan. NGO boleh memohon geran bagi mengadakan aktiviti yang memfokuskan kepada kesihatan. Majlis Belia Malaysia (MBM) sebagai sebuah badan induk pertubuhan belia di Malaysia, telah mengambil inisiatif untuk berkerjasama dengan LPKM bagi menggerakkan badan gabungannya dalam usaha untuk mempromosikan aktiviti kesihatan. Sebagai langkah pertama, MBM yang diketuai oleh Setiausaha Agungnya, Sdr. Mohd Zaidi Aziz  telah mengadakan kunjungan hormat ke pejabat Ketua Pegawai  Eksekutif LPKM, YBhg. Dr. Yahya Baba bagi membincangkan program bersama yang boleh diadakan. Pertemuan selama 2 jam ini turut dihadiri oleh Exco MBM, Sdr. Khairul Annuar Mansur serta beberapa pegawai kanan LPKM telah mencapai kata sepakat bagi mengadakan bengkel pembinaan modul yang akan digunapakai oleh pertubuhan belia lain nanti.

Untuk maklumat lanjut mengenai geran LPKM ini, sila lawati http://www.healthpromo.gov.my bagi mendapatkan borang bantuan serta syarat-syaratnya.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »