MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan tapak MyOKU dan Ko-KASIH bagi Projek Tanaman Sorghum, Murungai dan Mini Zoo

SERENDAH 28 Dis – Sesi lawatan telah diadakan oleh Koperasi MyOKU Selangor Berhad (MyOKU) bersama Koperasi Kasih YBK ke tapak perancangan bagi Projek Tanaman Sorghum, Murungai dan Mini Zoo di Plot 32, Bukit Tasek Serendah.

Sesi lawatan ini diadakan bagi mengenal pasti kawasan yang diperuntukkan bagi penanaman sorghum, kawasan cadangan mini zoo, dan kawasan bagi aktiviti memancing. Kedua-dua koperasi akan mengusahakan aktiviti pertanian, penternakan dan pelancongan di kawasan seluas 60 ekar di Bukit Tasik Serendah, menjadi sebuah kawasan Agro-Pelancongan.

Dato’ Haji Zainal Abidin bin Sakom, Pengerusi Yayasan Basmi Kemiskinan dan Datin Dr. Hajah Hartini Osman (Pengerusi Koperasi Ko-Kasih) telah mengetuai lawatan ini. Turut hadir Encik Muhamad Asyraf Mahat, Pengerusi Koperasi MyOKU, Encik Muhammad Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK, Sdr. Mohamad Syahir Mohd Yusof, Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani MBM, pegawai daripada Ko-Kasih dan MyOKU.

MBM selaku badan pertubuhan belia bertindak secara langsung dalam menyokong pelaksanaan perancangan projek ini dalam memacu keselamatan makanan serta menyokong agenda negara dalam memperkasakan sektor pertanian di samping gerak kerja dan usahasama golongan muda dalam bidang pertanian ini.

MBM juga bekerjasama dengan MyOKU dalam menggerakkan perancangan projek ini.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »