MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan Presiden Ke HYO

Selangor | 20 September 2020 – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha telah mengadakan lawatan ke Ibupejabat Malaysian Hindu Youth Council (HYO) bertempat di Batu Caves dan berdialog bersama pimpinan utama HYO.

Turut bersama Sdr. Haridas Bendahari Kehormat MBM dan Sdr. Syed Osman Exco MBM.

Ini merupakan siri-siri lawatan turun ke bawah yang dilakukan oleh pimpinan MBM bagi merapatkan hubungan dan mendengar isu-isu secara langsung.

MBM dan HYO bersetuju memperkukuhkan peranan sebagai agen perpaduan belia dengan melakukan beberapa program bersama, memperkukuhkan United Malaysian India Youth (UMIY) dan memperjuangkan isu-isu utama belia India melalui kajian dan advokasi

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »