MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan Peserta Program Pertukaran Belia Malaysia-Indonesia

Kuala Lumpur, 29 Jun 2011 – Hubungan belia Malaysia dan Pemuda Indonesia mempunyai kekuatannya yang tersendiri. Pelbagai program dua hala telah dijalankan bagi mempereratkan lagi hubungan ini bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan antara kedua-dua negara terjaga. Walaupun timbul beberapa isu yang telah menggugat hubungan ini tetapi ianya berjaya diselesaikan bersama antara kedua-dua buah negara dengan cara yang baik. Salah satu program tahunan yang menjadi agenda antara kedua-dua negara ialah Program Pertukaran Belia Malaysia-Indonesia 2011 yang bermula pada 18 Jun 2011 hingga 8 Julai 2011. Seramai 31 orang pemuda dari Indoensia memulakan hari pertama mereka di Malaysia dengan mengadakan lawatan ke Majlis Belia Malaysia (MBM) bagi bertemu dan bermesra dengan kepimpinan MBM. Delegasi ini disambut mesra oleh Naib Presiden MBM, Dato Hj. Irmohizam Ibrahim dan Exco MBM, Khairul Annuar Mansor serta beberapa sukarelawan MBM termasuk Tokoh Anugerah Belia Negara 2011, Rizan Hassan. Dalam sesi taklimat yang diadakan, pelbagai persoalan dan maklumat telah dibincangkan bersama dalam usaha untuk memperkukuhkan lagi hubungan antara Malaysia-Indonesia.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »