KUALA LUMPUR 18 Ogos – Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh Sdr. Jufitri Joha, Presiden bersama Exco MBM iaitu Sdr. Mohamad Nazri Abdul Latiff, Sdr. Syed Osman Mohamed serta Sdri. Kavita Maheendran telah mengadakan lawatan ke Ibu Pejabat St. John Ambulans Malaysia di Cheras.
Kepimpinan MBM disambut oleh Dato’ Yeo Kim Thong, Ketua Turus (Gerakan) dan Sdr. Gopi Gopala Krishnan (Ahli Dewan Tertinggi) bersama pengurusan St. John Ambulans Malaysia.
Rombongan turut dibawa melawat mini muzium yang menempatkan bahan-bahan sejarah St. John Ambulans dan melihat beberapa kenderaan yang pernah digunapakai dahulu. St John turut berkongsi gerak kerja kesukarelaan mereka.