Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan lawatan kerja ke Yunnan, China sempena dengan Ulangtahun ke-50 Hubungan Diplomatik Malaysia – China. Lawatan kerja anjuran Kedutaan Republik Rakyat China di Malaysia dan MBM ini berlangsung pada 25 hingga 30 November 2024 yang lalu.
Lawatan Kerja ini melibatkan Ahli Jawatankuasa kerja MBM, Ahli Dewan Tertinggi MBM Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dengan jumlah seramai 38 orang.
Sepanjang lawatan kerja ini, deligasi MBM yang diketuai Presiden, Mohd Izzat Afifi Hj. Abd. Hamid telah dibawa ke beberapa intitusi kemahiran dan organisasi yang menjadi nadi pendidikan serta ekonomi penduduk daerah Yunnan. Antaranya adalah Yunnan Vocational College and Transportation (YVTC), Yun Tianhua Huajiangpu Co. Ltd. dan Yunnan Youth Entrepreneurship Park.
Selain itu, deligasi MBM juga disambut meriah dan penuh kebudayaan Malaysia oleh pelajar serta pensyarah yang mengambil jurusan Bahasa Melayu dari Yunnan Minzu University.
Beberapa siri pertemuan juga berjaya dilakukan sepanjang lawatan kerja ini, antaranya pertemuan bersama General Konsulat Malaysia di Kunming, Tuan Muhamad Akmal Abdul Wahab dan Ketua Pengarah Pejabat Hal Ehwal Luar Kerajaan Rakyat Yunnan dan Presiden Rakyat Yunnan, Mr. Yang Shaocheng. Selain itu, pertemuan bersama Pengerusi Yunnan Youth Federation, Mr. Haoming Wang turut Berjaya diadakan.
Deligasi MBM juga turut berkesempatan melakukan kunjungan hormat ke Yunnan Provincial Islamic Association dan melawat tempat bersejarah seperti Zheng He (Laksmana Cheng Ho) Memorial Hall.