Kajang 12 April – Telah berlangsung lawatan kerja dan kunjungan hormat serta pembentangan cadangan kertas kerja jalinan kerjasama dua hala antara Bahagian Pengurusan Banduan Jabatan Penjara Malaysia (JPM) dan Majlis Belia Malaysia (MBM) di Bilik Mesyuarat Operasi Ibu Pejabat Penjara Malaysia (IPPM) yang dihadiri seramai 17 orang terdiri daripada wakil setiap bahagian iaitu Bahagian Paroi dan Pengkhidmatan Komuniti, Vokasional dan Industri , Keselamatan, Dasar Kepenjaraan, Unit Kebajikan, Unit Agama dan Sektor Pendidikan. Manakala MBM diwakili oleh Naib Presiden MBM / Pengerusi Pembangunan Sosial Sdr. Aizad Roslan, SU Pembangunan Sosial Sdr. Shoubli dan Ahli Jawatankuasanya.
Perbincangan ini dipengerusikan oleh Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan TKP Kausalya Devi A/P Sathoo. Perbincangan bermula dengan ucapan oleh Sdr. Aizad Roslan yang menerangkan MBM.
Di dalam perbincangan ini agenda utama dalam perbincangan adalah mencari bentuk kerjasama untuk kedua-dua pihak, selain itu Sdr. Aizad menambah dengan memberi penerangan tentang dasar dan matlamat MBM pada golongan belia berisiko. Juga dibincangkan mengenai bantuan untuk mendapatkan pekerjaan kepada banduan, mengadakan perjanjian MOU dan menubuhkan sekretariat.
Sesi perbincangan berakhir dengan penyampaian cenderamata oleh Sdr. Aizad Roslan kepada Timbalan Pengarah Pengurusan Banduan TKP Kausalya Devi A/P Sathoo, sesi bergambar kenangan dan kami dibawa melawat galeri tempat dimana terjual pelbagai barangan hasil tangan banduan-banduan tersebut.