HULU SELANGOR 10 Oktober – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menyertai sesi lawatan kali kedua ke tapak cadangan Penanaman Shorgum di Bukit Tasek Serendah dan Tapak Cadangan bagi Penanaman Murungai dan Ternakan Ayam Kampung Kacuk, Kambing, Lembu dan Rusa di Kg. Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu, Selangor.
Lawatan ini diketuai oleh Pengurus Besar Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK), Sdr. Muhammad Sherhan Nizam Abd Aziz.
Turut sama dalam lawatan ini Koperasi MyOKU Selangor selaku perancang dan pelaksana projek ini.
Sesi Lawatan kali ini lebih kepada melihat bentuk muka bumi dari sisi atas dengan menggunakan dron bagi mengenal pasti kawasan dan merangka pembersihan tanah sebelum memulakan projek.
Di samping melihat lebih teliti kepada fasiliti sedia ada bagi proses penambahbaikan dan mengenal pasti kos pembaikan semula fasiliti yang rosak.
MBM percaya jika projek yang dirancang berjaya, semestinya memberikan impak yang positif kepada pelbagai pihak dan sekuriti makanan negara suatu masa nanti.









