MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan ke tapak cadangan pelaksanaan Projek Tanaman Sorghum

KUALA KUBU 21 Sep – Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) melalui Pengurus Besarnya, Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz telah membawa wakil Majlis Belia Malaysia (MBM), Pengerusi Koperasi Usahawan MYOKU Selangor Berhad, Sdr. Asyraf Mahat dan wakil Shahrez Amani Global Sdn Bhd melawat dua tapak cadangan bagi pelaksanaan Projek Tanaman Sorghum iaitu di Kg Gesir Tengah, Kuala Kubu Bharu dan Bukit Tasek Serendah, Selangor.

MBM menyambut baik inisiatif projek ini dan berharap ia dapat memberi impak positif seperti peluang pekerjaan kepada belia setempat khususnya golongan OKU. Projek ini akan diselaras di bawah Koperasi Usahawan MyOKU Selangor Berhad sebagai rakan kerjasama.

Projek ini juga sebagai salah satu kaedah dalam mencari sumber alternatif kepada kos makanan haiwan ternakan yang semakin tinggi selain membantu negara dalam isu keselamatan makanan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »