MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan GPMS Cawangan Tapah ke MBM

KUALA LUMPUR, 21 Mac – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima lawatan daripada 47 orang ahli-ahli dan pelajar-pelajar Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Tapah dan SMK Tapah yang diketuai oleh Encik Malek Sham, Yang Dipertua GPMS Cawangan Tapah.

Delegasi ini disambut dan diberikan taklimat ringkas mengenai MBM oleh Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiausaha Agung MBM.

Beliau turut berkongsi pengalaman dalam pertubuhan belia dan memberi kata-kata semangat kepada pelajar-pelajar.

Turut serta Setiausaha Agung MBM, Sdr. Ahmad Saparudin Yusup yang menyampaikan cenderahati dan bergambar kenangan bersama pelajar-pelajar terbabit.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »