MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan Biro Pertanian ke Pusat Latihan Pertanian dan Industri Asas Tani (PIAT) di Renggam, Daerah Kluang

Kluang 25 Jan – Lawatan Biro Pertanian dan Industri Asas Tani MBM ke Pusat Latihan Pertanian dan Industri Asas Tani (PIAT) di Renggam, Daerah Kluang Johor.

Rombongan melawat pusat latihan yang akan dijadikan pusat latihan rasmi bersepadu PIAT di mana para peserta akan didedahkan secara teori dan praktikal berkenaan kaedah penternakan dan akuakultur.

Menurut Pengerusi PIAT, Abdul Hafeez berkata pusat ini menyediakan kemudahan dewan kursus yang selesa dan mampu memuatkan 100 orang peserta pada satu-satu masa.

“Pusat latihan ini masih dalam proses menaik taraf kepada pusat agro pelancongan yang menyasarkan pelancong dari negeri sekitar serta dari Singapura”.

“Lawatan ini disifatkan penting kepada Biro PIAT kerana dengan adanya pusat latihan ini, segala kursus akan dapat digerakkan secara sistematik dan lebih tersusun, ujar beliau.

Turut hadir Timbalan Pengerusi PIAT, Mohd Iqmal Mahadi, Pengurus Dzahan Agrotech Farm/Exco PIAT, Mohd Azahan, Ahmad Fahmi dan Nizam.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »