KUALA LUMPUR 17 Julai – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima lawatan daripada 15 orang belia Korea yang menyertai Program Pertukaran Belia Korea-Malaysia di Wisma MBM.
Mereka berada di Malaysia dari 11 hingga 20 Julai 2019 mengikuti aktiviti yang telah diselaraskan oleh Kementerian Belia dan Sukan. Rombongan ini telah diberikan penerangan dan taklimat mengenai MBM selain sesi soal jawab.
Turut hadir Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM, Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdri. Atiqah Syairah, Ahli Jawatankuasa Kerja MBM, Sdri Nazira Roslee, Sdr. Syed Osman Mohamed dan Sdri. Hazrul Hafizi Abd Halim.