MAJLIS BELIA MALAYSIA

Lawatan Ahli Dewan Tertinggi MBM Ke Ekspo Negaraku

Dataran Merdeka 27 Nov – Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia Malaysia melakukan lawatan ke Ekspo Negaraku pada 10.00 pagi tadi dimana diketuai oleh Tuan Hj. Mua’amar Ghadafi Jamal Presiden MBM dan turut hadir sama Ketua Pengarah Unit Perancang Ekonomi (UPE) Ybhg. Dato’ Nik Azman Nik Abdul Majid.

Ekspo Negaraku 2017 dianjurkan Unit Perancang Ekonomi (UPE), Jabatan Perdana Menteri dimana diadakan selama sebulan di Dataran Merdeka bermula 15 November sehingga 15 Disember 2017 dan ia dibuka secara percuma setiap hari bermula jam 10 pagi hingga 10 malam.

Ekspo ini adalah ilham Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. Beliau berhasrat agar ekspo ini menjadi wadah terbaik untuk rakyat melihat, mendengar dan merasai sendiri segala pencapaian pembangunan dan infrastruktur yang dihasilkan oleh kerajaan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis pra-pelancaran Ekspo Negaraku 2017 di sini hari ini. Teks ucapannya dibacakan oleh Ketua Pengarah EPU, Jabatan Perdana Menteri, Datuk Nik Azman Nik Abdul Majid.

Bangunan yang terdapat di ekspo ini akan dibina menggunakan lima kubah geodesi yang melambangkan lima prinsip Rukun Negara iaitu kubah pertama berkonsepkan seperti sebuah teater; kubah kedua, berbentuk ruang pameran bervisual yang menggunakan teknologi elektronik, kubah ketiga juga berbentuk ruang pameran tetapi menonjolkan kejayaan program dan inisiatif dalam meringankan kos sara hidup rakyat; manakala kubah keempat dan kelima berkonsepkan pusat video interaktif,

Sempena ekspo itu pengunjung juga akan dihiburkan dengan pelbagai acara menarik pada setiap hujung minggu termasuklah pertandingan futsal, zumba, pasar malam, KL Go Cart dan sukan rakyat.

 

 

 

     

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »