Cyberjaya| 8 Mac 2020- Majlis Belia Malaysia(MBM) dengan kerjasama Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) dan Pertubuhan Ikatan Mahasiswa Anak Melaka telah menganjurkan Larian Belia Malaysia (Malaysian Youth Run) yang disertai seramai 2,000 orang peserta. Program berlangsung di DPULZE Shoping Centre, Cyberjaya.
Majlis pelepasan peserta (Flag-off) telah disempurnakan oleh Datuk M Noor Azman Taib, Timbalan Ketua Pengarah Setiausaha, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia. Turut bersama dalam majlis pelepasan tersebut Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) dan wakil MGBM. Selain itu, hadir sama adalah Sdri. Nurul Huda dan Sdri. Nazira Naib Presiden MBM serta Sdri. Atiqah Syahirah Penolong Setiausaha Agung MBM, Sdr. Faiz Suhaimi Exco MBM.
Program tersebut diadakan bagi menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat dalam kalangan belia selain melahirkan kestabilan emosi, psikologi dan kesihatan mental.









