MAJLIS BELIA MALAYSIA

Laporan PRK P186 Sandakan: Kepedulian Belia Dalam Proses Demokrasi Pilihan Raya

Oleh: Fikri Muharam Pemerhati MBM di PRK Sandakan

11 Mei 2019 (Sabtu) : Parlimen Sandakan telah menyaksikan sebuah lagi proses Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas pemergian mendiang YB Stephen Wong. Mengikut pemerhatian daripada pihak Majlis Belia Malaysia (MBM), proses kempen dan pilihan raya berlangsung dengan baik dan teratur. Ketelusan sistem yang dijalankan oleh pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diuruskan dengan baik serta lancar. Namun demikian, terdapat beberapa langkah penambahbaikan difikirkan perlu untuk PRK akan datang.

Sepanjang kempen berlangsung selama dua minggu, didapati tidak ada berlaku sebarang kekacauan sepanjang kempen. Para pemimpin daripada pihak parti pemerintah dan pembangkang agak ramai yang turun memberikan sokongan kepada calon masing-masing. Mood pengundi di Parlimen Sandakan agak menurun iaitu pada peratusan 53.44 % berbanding pada PRU-14 yang lalu sebanyak lebih kurang 70%.

Atas semangat demokrasi kemenangan Vivian disambut baik bagi mewakili suara belia di Parlimen yang merupakan Ahli Parlimen termuda di Sabah. Ini menambahkan lagi jumlah ahli Parlimen di kalangan belia daripada 26 orang kepada 27 orang.

Kemenangan beliau juga adalah bagi meneruskan agenda perubahan untuk rakyat Sabah dan Sandakan umumnya.

Pola pengundi muda secara umumnya daripada saluran 4 dan 5 daripada pemerhatian MBM di beberapa Pusat Mengundi, calon PH mendahului pungutan undi. Namun tidak dinafikan pengundi golongan pertengahan juga menyumbang kepada undi calon DAP ini. Undi awal menyaksikan calon PBS Linda Tsen Thau Lin mendahului pungutan undi meninggalkan calon DAP dan bebas.

Syabas diucapkan kepada wakil PBS dan Bebas kerana memeriahkan pesta demokrasi dan memberikan saingan sengit kepada calon DAP.

Penglibatan belia secara proaktif dalam
pendidikan demokrasi dan pilihan raya perlu diberikan perhatian. Pemimpin belia sebagai pemerhati dan petugas bebas yang komited untuk memikul amanah agar ‘check and balance’ berlaku dengan lebih baik tanpa sebarang kepentingan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »