MAJLIS BELIA MALAYSIA

KURSUS SENI KERATAN DAGING KAMBING (EVOLUSI DAN INOVASI)

BALIK PULAU 12 Disember – Kursus Seni Keratan Daging Kambing (Evolusi dan Inovasi) telah berlangsung selama empat hari mulai 9 hingga 12 Disember 2019 di Pusat Latihan Zakat (PULAZA) anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) dan Kementerian Belia dan Sukan.

Kursus ini dikendalikan di bawah Biro Pertanian dan Industri Asas Tani MBM yang diketuai pengerusinya Sdr. Abdul Hafeez Abdullah.

Seramai 30 peserta telah menyertai Kursus ini terdiri dari pelbagai latar belakang untuk mempelajari ilmu seni keratan daging kambing.

Antara pengisian kursus ini meliputi taklimat peluang, pembiayaan makro oleh Tekun Cawangan Balik Pulau dan Agro Bank serta sesi praktikal teknik keratan daging kambing.

Majlis penutup serta penyerahan sijil penyertaan kepada peserta telah disempurnakan oleh Encik Mohd Rayzlan Hadanan, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Barat Daya.

Turut sama hadir Exco MBM, Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Sdr. Mohamad Iqmal Mahadi dan Sdr. Hazrul Hafizi Abd Halim.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »