Kuala Lumpur 9 Disember – Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Kilo Lima Bravo Motorsports Club (KLBMC) dan Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) telah menganjurkan Kursus Radio Amatur MyVoc 2015 yang berlangsung selama 2 hari dari 8 hingga 9 Disember 2015 bertempat di Pusat Belia Antarabangsa, Kuala Lumpur.
Kursus ini dihadiri seramai 200 orang dimana pengisiannya memfokuskan kepada peraturan dan standard prosedur operasi, taklimat standard dan prosedur oleh SKMM, asas elektrik dan elektronik, pengenalan komuniti sukarelawan 1 Malaysia (MyVoc), asas radio, antenna dan penyebaran isyarat frekuensi dan sesi latih tubi Radio Amatur Exam (RAE). Antara penceramah yang hadir adalah En. Abdul Aziz Mohd Noor Presiden Malaysia Amateur Radio Emergency Service (MARES), En. Abdul Mutalib Omar Wakil MARES, Hj. Mamud Bekas Pensyarah Uitm Shah Alam / Wakil IKRAM, Puteri Balqis Mohd Nor Wakil MBM, En. Raja Iskandar Wakil MARES dan Cikgu Adnan Wakil KLBMC.
Perasmian majlis penutup kursus tersebut oleh En. Ahmad Saparudin Yusuf Setiausaha Agung MBM dan berakhir dengan sesi bergambar kenangan.