MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Radio Amatur Komuniti Belia Prihatin 2016

Kuala Lumpur 5 Dis – Kursus Radio Amatur Komuniti Belia Prihatin telah berlangsung dengan jayanya selama 2 hari pada 1 hingga 2 Disember 2016 bertempat di Dewan Titiwangsa Kompleks Belia Dan Sukan, Kg. Pandan yang dihadiri seramai lebih 70 orang. Program ini adalah anjuran Majlis Belia Malaysia (MBM) bersama Kementerian Belia Dan Sukan (KBS) dengan kerjasama Persatuan Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA).

Kursus ini memfokuskan kepada Garis Panduan Radio Amatur, Pengenalan Radio Amatur, Pengurusan Bencana, Persediaan Banjir Dari Sudut Kesihatan, Teknikal Komunikasi, Panduan RAE dan Latih Tubi Radio Amatuer Exam (RAE). Antara penceramah yang hadir adalah En. Mustafakamal Hj. Mat Noor 9W2MUV, En. Mohd Fadzil 9W2SMF, En. Hj. Shirajuddin Hj. Sirat Pengarah, Penyelarasan NGO, Briged Bakti Malaysia (BBM), Dr. Shahrizal Azwan Setiausaha Agung Malaysian Relief Agency (MRA) dan Che Adnan Che Kadir Pengerusi Kilo Lima Bravo Motorsport Club (KLBMC) 9M2SIX

Kursus ini sebagai pendedahan dan persediaan kepada peserta-peserta yang akan menduduki Radio Amatuer Exam (RAE).

Majlis perasmian penutup Kursus Radio Amatur Komuniti Belia Prihatin dirasmikan oleh Sdr. Ahmad Saparudin Yusup Setiausaha Agung MBM. Turut hadir Prof. Tengku Arif Unisza Terengganu, Datuk Azizul Rahman Presiden Pacuan Empat Roda Malaysia (MFWDA) dan Che Adnan Che Kadir Presiden Kilo Lima Bravo Motorsports Club (KLBMC).

mbm24837 mbm24839 mbm24840 mbm24842 mbm24846 mbm24861 mbm24864 mbm24865 mbm24866 mbm24868 mbm24871 mbm24878 mbm24883 mbm24892 mbm24911 mbm24917 mbm24921 mbm24933 mbm24940 mbm24950 mbm24955 mbm24960 mbm24962 mbm24964 mbm24966 mbm24967 mbm24968 mbm24970 mbm24975 mbm24984 mbm24990 mbm24991 mbm25003 mbm25022 mbm25026 mbm25034 mbm25037 mbm25038 mbm25050 mbm25066 mbm25077 mbm25093 mbm25106 mbm25117 mbm25143 mbm25146 mbm25153 mbm25156 mbm25157 mbm25159 mbm25161 mbm25163 mbm25166 mbm25169 mbm25174 mbm25182 mbm25186 mbm25188 mbm25196 mbm25208 img-20161205-wa0000 img-20161205-wa0001

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »