Majlis Belia Malaysia (MBM) merakamkan jutaan terima kasih kepada Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional atas peluang yang diberikan kepada empat wakilnya termasuk saudara Mohamad Nazri Abb Latif, Exco MBM.
Mediasi merupakan kaedah penyelesaian konflik pihak-pihak bertelagah (Alternative Dispute Resolution) pada masa kini sama ada di Malaysia atau di peringkat Antarabangsa.
Majlis Belia Malaysia sepenuh hati menyokong usaha kerajaan melalui Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional dalam usaha memperkukuhkan lagi perpaduan rakyat di Malaysia.
MBM turut aktif di dalam JK Belia di bawah Jawatankuasa Mempromosi Persefahaman dan Keharmonian Antara Penganut Agama (JKMPKA) yang dipengerusikan sendiri oleh Presiden MBM. JKMPKA diletak di bawah Jabatan Perdana Menteri.
Kursus mediasi ini bakal melahirkan belia dan rakyat Malaysia yang mempunyai kemahiran mendamaikan konflik di dalam masyarakat pelbagai agama.