KUALA LUMPUR 7 Julai – Jabatan Belia dan Sukan Negara dengan Kerjasama Majlis Belia Malaysia (MBM) telah melaksanakan Kursus Pengurusan Organisasi Virtual 2021 bersama Felo NGO. Program ini dilaksanakan secara virtual menggunakan aplikasi zoom. Seramai 41 orang peserta telah hadir ke sesi kursus tersebut.
41 org peserta ini adalah sebahagian daripada 188 org felo NGO yang dilantik MBM. Penyertaan felo NGO dalam kursus ini diharap dapat memberi pendedahan dan bimbingan kepada peserta daam urus tadbir pertubuhan belia.
Kursus ini akan berjalan selama 8 hari iaitu 2 hari pengisian secara virtual yang akan melibatkan 4 modul dan 6 hari secara latihan dalam kumpulan yang akan dibimbing oleh fasilitator. Setiap pengisian modul ini akan memberikan input yang bermanfaat dan memenuhi keperluan pemimpin pertubuhan.
Kursus berlangsung selama 2 hari ini khusus kepada modul kepemimpinan dan pengikut yang disampaikan oleh Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, mantan Penolong Setiausaha Agung MBM manakala modul penulisan dan dokumentasi disampailan Sdr. Ahmad Saparudin Yusup, mantan Setiausaha Agung MBM.
Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM turut mengambil peluang berkongsi amanat dan pengalaman kepada peserta menerusi slot Bicara Minda.
Turut serta Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM.