MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Pengurusan Organisasi Lestari Peringkat Zon Utara

13 Disember 2016, Penang – Berlangsungnya Kursus Pengurusan Organisasi Lestari Peringkat Zon Utara bertempat di The Blanket Hotel Seberang Jaya, Pulau Pinang pada 10 – 11 Disember 2016. Kursus tersebut berlangsung selama 2 hari. Para peserta terdiri daripada setiausaha/penolong setiausaha, bendahari/penolong bendahari dan setiausaha kerja setiap badan gabungan majlis belia negeri peringkat zon utara.

Kursus ini dimulakan dengan taklimat dan sesi ‘ice-breaking’ yang dikendalikan oleh Sdr. Saiful Bahari. Sesi perkongsian dimulakan dengan Sdr. Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia yang menyampaikan 2 slot iaitu Pengstrukturan Organisasi Belia dan Memperteguh Dasar Belia Malaysia. Sesi perkongsian seterusnya bersama Kementerian Belia dan Sukan berkaitan Audit dan Pengurusan yang disampaikan oleh Encik Anuwar Asmuni, Ketua Unit Audit Dalam.  Sesi perkongsian berikutnya bersama Jabatan Belia dan Sukan Negara yang disampaikan oleh Puan Aini Jais berkaitan dengan Fungsi JBSN, Bantuan Pentadbiran dan SOP Bantuan Kewangan dan sesi networking bersama para peserta. Sesi perkongsian yang terakhir bersama Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY) yang disampaikan oleh Puan Noor Azah binti Ali@Ahmad, Penolong Pendaftar Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia Zon Utara dan beliau juga mengendalikan slot latihan dalam kumpulan bagi sesi yang terakhir.

Majlis Penutup Kursus Pengurusan Organisasi Lestari Peringkat Zon Utara disempurnakan oleh Sdr. Lim Swee Bok, Presiden Majlis Belia Negeri Pulau Pinang merangkap Timbalan Pengerusi Tetap Majlis Belia Malaysia dan penyampaian sijil kursus kepada para peserta.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »