MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Pengurusan Organisasi Lestari MBM

Usaha Majlis Belia Malaysia (MBM) dalam mendedahkan serta mendidik kepimpinan belia di dalam persatuan mengenai pengurusan sebenar sesebuah organisasi belia digerakkan didalam Kursus Pengurusan Organisasi Lestari dengan mendapat kerjasama daripada Kementerian Belia dan Sukan (KBS). Kursus ini diadakan mengikut zon iaitu zon induk, zon selatan, zon utara, son timur, zon sabah dan zon sarawak yang mensasarkan kepada barisan kepimpinan di peringkat akar umbi persatuan belia.

Menurut Setiausaha Agung MBM, Ahmad Saparuddin Yusup, pengurusan organisasi diperingkat akar umbi perlu diperkuatkan serta dipertingkatkan tahap profesionalisme mereka agar mereka tidak terlalu bergantung kepada MBM dan KBS dalam soal peruntukan dana, penganjuran program dan lain-lain. Tambah beliau, persatuan belia di peringkat akar umbi perlu mempunyai struktur organisasi dan sistem kerja yang sistematik seterusnya dapat menganjurkan program-program belia yang berkualiti dan dapat melahirkan generasi muda yang kompiten.

Di dalam kursus yang mengambil masa dua hari ini, peserta didedahkan dengan konsep Dasar Belia Malaysia (DBM) yang mempunyai pelbagai elemen didalamnya. Peserta turut mendapat informasi mengenai audit dan pengurusan daripada pihak KBS supaya dapat dipraktikkan didalam organisasi masing-masing.

Pihak Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN) turut turun padang didalam sesi perkongsian mengenai fungsi JBSN, bantuan pentadbiran dan SOP bantuan kewangan. Dalam sesi ini, peserta didedahkan tentang bagaimana prosedur sebenar bagi mendapatkan bantuan kewangan dan pentadbiran daripada pihak JBSN. Peserta turut diberi peluang untuk membuat pembentangan bagi menilai tahap pemahaman mereka dalam proses membuat permohonan bantuan.

Selain itu, peserta juga diberi pendedahan mengenai prosedur sebenar di dalam pengurusan organisasi belia oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia (ROY). Sesi ini mendedahkan peserta mengenai perlembagaan persatuan, prosedur Mesyuarat Agung Tahunan dan syarat-syarat yang perlu dipatuhi dalam segala proses pengurusan organisasi. Peserta diberi peluang untuk berkongsi idea bersama pemimpin-pemimpin belia yang berpengalaman bagi memperoleh ilmu dan pandangan dalam mengurus dan memimpin organisasi.

Setakat ini, penganjuran kursus telah dilaksanakan oleh MBM bersama-sama KBS di peringkat induk dan zon selatan. Peringkat induk diadakan di Institut Semarak Felda, Bangi pada 15 dan 16 Oktober 2016 yang lalu dan zon selatan telah diadakan pada 5 dan 6 November 2016 lalu di Hotel Orkid, Melaka.

_dsc4601   _dsc4619

_dsc4624   _dsc4649

_dsc4654   _dsc4658

_dsc4727   _dsc4766

r   _dsc4558

_dsc4580   _dsc4587

mbm21351   mbm21392

mbm21453   mbm21511

mbm21520   mbm21537

mbm21546   mbm21558

mbm21568   mbm21602

mbm21615   mbm21651

mbm21680   mbm21718

mbm21723   mbm21750

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »