KUALA LUMPUR 30 Jun – Kementerian Belia dan Sukan Malaysia dan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menganjurkan Kursus Pengurusan Organisasi (KPO) Felo NGO MBM Siri Pertama bagi tahun 2021 pada 29 hingga 30 Jun 2021 secara dalam talian.
Program selama 2 hari ini dilaksanakan diperingkat kebangsaan dan akan diteruskan selepas ini melibatkan badan-badan induk kebangsaan, majlis belia negeri dan majlis belia daerah.
Seramai 44 orang peserta terdiri dalam kalangan Felo NGO KBS-MBM menyertai program ini.
Majlis perasmian disempurnakan oleh Dr. Zainah Shariff, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Pembangunan Belia, Jabatan Belia dan Sukan Negara (JBSN).
Kepimpinan MBM turut sama menjayakan program ini sebagai panelis terdiri daripada Sdr. Muhammad Fadzli Hasan, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Ketua Penerangan MBM.