ALOR GAJAH 10 Jun – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir merasmikan Kursus Pengurusan Kepimpinan dan Mesyuarat Agung Tahunan Alumni Malaysia Future Leaders School (MFLS) bertempat di Kem Wawasan Negara Alor Gajah.
Beliau juga menyampaikan ceramah dan berkongsi pengalaman mengenai ilmu kesukarelaan bersama peserta-peserta Alumni MFLS Negeri Melaka. Program anjuran Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD) KBSMalaysia ini merupakan inisiatif memberi pendedahan dan latihan agar Alumni MFLS bergiat aktif dalam kerja-kerja kemasyarakatan.