KLANG 26 September – Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri dan menyampaikan perkongsian di dalam Kursus Pengurusan dan Pentadbiran Angkatan Alumni Malaysia Future Leader School (MFLS). Program berlangsung di Kem Wawasan Negara, Meru.
Program ini bertujuan memberikan pendedahan kepada peserta Alumni MFLS cara mengurus organisasi dengan lebih tersusun dan sistematik.
Turut hadir Sdr. Mohd Hafizuddin Muzaiyin, Pengerusi Majlis Belia Negeri Selangor Daerah (MBD) Klang. Program ini diadakan dengan kerjasama Institut Pembangunan dan Kecemerlangan Kepimpinan (i-LEAD), Kementerian Belia dan Sukan (KBS).