PUTRAJAYA 11 Mei – Tahniah kepada peserta-peserta Kursus Pengurusan Berkesan (KPB) Pertubuhan Belia Peringkat Zon Tengah (Selangor, WP Kuala Lumpur dan Putrajaya) yang berlangsung di Urbanhive, Conezion.
Peserta yang hadir mewakili Majlis Belia Daerah, badan gabungan serta kelab belia tunggal sekitar Lembah Klang.
Inisiatif ini dilaksanakan oleh Pejabat Pendaftar Pertubuhan Belia bertujuan memastikan tadbir urus pertubuhan diurus dengan baik, selain memberi kefahaman tentang pindaan perlembagaan dan penguatkuasaan Akta 668 (Pindaan 2019) serta pelan transisi umur belia.
Majlis penutup disempurnakan oleh Sdr. Syafiq Ridzwan Jamaluddin, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM).
Turut hadir Encik Hasnata Hassan, Pendaftar Pertubuhan Belia; Encik Shamsul Musa, Timbalan Pendaftar Pertubuhan Belia dan Presiden Majlis Belia WP Putrajaya.