MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Latihan Kepimpinan MiB300 Bukit Kampar Perak

Kampar 27 Julai –  Seramai 100 orang peserta yang terdiri daripada mahasiswa UiTM Shah Alam dan Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjung Malim telah menyertai Kursus Latihan Kepimpinan MiB300 bertempat di Kompleks Rakan Muda Kampar Perak.

Kursus yang berlangsung selama 3 hari 2 malam ini telah disi dengan pelbagai modul kepimpinan yang menerapkan nilai-nilai kerjasama, pengurusan organisasi dan sebagainya bagi memastikan nilai-nilai sifat kepimpinan dapat diserapkan.

Majlis Perasmian Penutup telah disempurnakan oleh Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan merangkap Penolong Setiausaha Agung MBM.

Hadir sama Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Exco MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Latihan dan Kepimpinan MBM

Kursus telah diakhiri dengan acara penyerahan sijil penyertaan dan sesi bergambar.

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »