MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Latihan dan Kepimpinan MiB 300 Negeri Kelantan

Bachok, 15 April –  Majlis Belia Malaysia adalah badan induk yang memayungi persatuan belia di negara ini yang bertanggungjawab dalam melahirkan bakal pemimpin masa akan datang melalui program yang dianjurkan terutama melalui Kursus Kepimpinan dan Latihan MiB 300. Objektif program ini adalah sebagai paltform dalam menyediakan bakal pemimpin atau pelapis kepimpinan dalam sesebuah organisasi atau persatuan yang faham berkaitan pengurusan organisasi, mahir dan yakin dalam pertuturan dan cekap dalam menyediakan laporan serta dokumentasi. Disamping itu juga, melalui kursus ini para peserta disediakan latihan yang bertujuan melahirkan barisan pelapis kepimpinan sebagai satu langkah pengupayaan persatuan belia.
Seramai 70 orang peserta berumur dari 18 hingga 24 tahun telah menyertai Kursus Latihan dan Kepimpinan MiB 300 Negeri Kelantan yang telah dilaksanakan di Pusat Kokurikulum Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Tangok,  Bachok yang telah dianjurkan oleh Majlis Belia Malaysia dengan kerjasama Majlis Belia Kelantan.
Majlis Perasmian Penutup kursus ini telah disempurnakan oleh Tuan Hj. Mohd Salleh Ramli, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kelantan dan turut dihadiri oleh Sdr. Hasanul Amir Abdul Halim, Ahli Jawatankuasa MBM merangkap Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM, Sdr. Hakimi Mat Husin merangkap Bendahari Majlis Belia Kelantan. Program telah diakhiri dengan majlis penyampaian cenderamata kepada tetamu yang hadir dan sijil kepada para peserta.

 

 

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »