MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Kepimpinan Skuad MiB300 Khas 1Belia 1Kemahiran

Jempol, 22 Oktober 2017 – Majlis Belia Malaysia melalui Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM dengan kerjasama Sekretariat 1Belia 1 (1B1K) Kemahiran telah menganjurkan Kursus Kepimpinan Skuad MiB300 Khas 1B1K yang melibatkan seramai 80 orang pelajar dari Kolej Kemahiran Pure Technic Seremban Negeri Sembilan yang terdiri dari kalangan umur 18 hingga 25 tahun.

Kursus Skuad MiB 300 adalah satu inisiatif Majlis Belia Malaysia dalam kelangsungan persatuan belia menggilap bakal-bakal pemimpin organisasi terutama dalam persatuan belia. Pelbagai pengisian dan penerapan melalui modul yang dilaksanakan seperti menggilap kemahiran komunikasi dan bicara, fokus dalam menyiapkan tugasan, pemikiran kritikal dalam penyelesaian masalah, kerjasama antara ahli kumpulan dan sebagainya.

Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan, Sdr. Mohd Fairos Rosli menyatakan bahawa pentingnya anak-anak muda menyertai persatuan belia kerana melalui penyertaan ini, pelbagai inisiatif dan peluang dapat diperolehi. Besar harapan beliau agar pelajar-pelajar ini dapat menyertai persatuan belia setempat bagi menggilap bakat dan potensi mereka.

Majlis Penutup Kursus Kepimpinan Skuad MiB300 Khas 1B1K telah disempurnakan oleh Sdr. Mohd Fairos Rosli, Presiden Majlis Belia Negeri Sembilan dan turut hadir sama memeriahkan majlis ini, Sdr. Jufitri Joha, Naib Presiden MBM, Sdr. Hasnul Fairuz Hushin Amri, Penolong Setiusaha Agung MBM merangkap Pengerusi Jawatankuasa Khas Latihan dan Kepimpinan MBM.

Majlis telah diakhiri dengan penyampaian sijil peserta dan sesi bergambar peserta dan tetamu kehormat.

 

 

        

 

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »