Gerakan kesukarelaan di Malaysia perlu dilakukan dengan lebih serius, sistematik dan berkesinambungan. Perkara utama yang perlu dilakukan ialah menjadikan kesukarelaan sebagai satu gerakan yang terlibat secara langsung dalam governans, iaitu kerangka sistem berkerajaan dan bernegara, untuk benar-benar dapat merealisasikan masyarakat penyayang dan prihatin, demi mencapai kebahagiaan yang hakiki. Barulah tema menjana perubahan yang bermakna itu benar-benar bermakna.
Ini ditegaskan oleh Saudara Rizan Hassan, Ketua Penerangan Majlis Belia Malaysia (MBM) ketika menyampaikan pembentangan di hadapan 110 para belia berkemahiran yang menghadiri Kursus Induksi Malaysian Youth Volunteer Community (MyVOC) di Imperia Academy of Tourism (IAT) Gambang, Pahang. Turut hadir ialah Saudara Hasnul Hanif Harun, Exco MBM.
“Kesukarelaan masih hidup dan segar. Sebahagian dari jenis dan bentuknya mungkin telah berubah. Mungkin juga telah diinovasi dan diganti dengan yang tersinikini. Hakikatnya ialah kesukarelaan – sebagai idealisme dan sebagai gerakan – adalah dinamik. Kerana itu, ia harus sentiasa mengakomodasi dan mencari yang paling relevan – cara, corak dan citra baru,” katanya lagi.
Beliau turut menarik perhatian hadirin apabila berlata gerakan kesukarelaan adalah suatu “budaya kerja gila-gila dan luar biasa.
“Memikul urusan kenduri kahwin untuk membina rumah adalah kerja normal. Apabila tidak dibuat, dianggap gila. Jika berjaya, dikira biasa. Jika gagal, dikira luar biasa. Tetapi, memikul balak untuk membina rumah adalah kerja gila. Apabila tidak dibuat, dianggap normal. Jika gagal, dikira biasa. Jika berjaya, dikira luar biasa. Kesukarelaan adalah umpama memikul balak – gila-gila dan luar biasa!,” ujarnya disambut tepukan gemuruh peserta kusus.
Kehebatan Saudara Hasnul Hainf Harun dalam hujahnya turut mendapat pehatian serius para peserta. Menurut beliau, gerakan kesukarelaan yang ada di dalam negara masih belum lagi mencpai matlamat utama masing-masing. Ini adalah kerana kesukarelaan mempunyai matlamat akhir yang jauh lebih tinggi lagi, iaitu untuk membentuk masyarakat yang penyayang dan prihatin. Dan masyarakat yang penyayang dan prihatin adalah untuk mencapai kebahagiaan yang hakiki.
“Untuk merealisasikan proses ini, kesukarelaan perlu dilihat sebagai satu gerakan (movement). Organisasi-organisasi sukarela perlu bersatu, atau sekurang-kurangnya menjaring, dalam gerakan ini. Manakala para sukarelawan perlu menjadikan diri mereka sebagai aktivisnya. Sebab itu MyVOC diwujudkan,” katanya dengan semangat.
“Dalam hal ini, kesukarelaan perlu dilihat dari sudut pandangan yang total dan holistik, iaitu yang melibatkan ketiga-tiga orientasi “aktiviti”, “bakti” dan “advokasi”. Di negara ini, yang perlu lebih diberikan penekanan, kerana ia agak terkebelakang, ialah advokasi. Walaupun advokasi dilaksanakan oleh sesetengah organisasi sukarela tetapi ia juga perlu ditingkatkan ke tahap yang lebih diiktiraf,” ujarnya lagi.
Di akhir pembentagan, beliau turt menyatakan bahawa kesukarelaan perlu bergerak ke arah satu kerangka pemikiran dan budaya atau sistem bernegara yang baru, yang dikatakan sebagai “governans baru”.