TAMBUN 15 Januari – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan Kursus High Performance Team Sekretariat MBM bertempat di Tambun, Perak
Antara pengisian program ini ialah perancangan takwim MBM 2022, sesi penerangan berkaitan minda sihat di tempat kerja yang telah disampaikan oleh Dr. Raja Lope Adam, Pakar Psikiatri Hospital Ipoh, dan latihan dalam kumpulan mengenai Latihan Perlindungan dari Eksploitasi dan Penderaan Seksual (PSEA).
Sdr. Jufitri Joha, Presiden MBM turut menyampaikan amanat dan menyempurnakan penutup program. Dalam ucapannya beliau telah menekankan pentingnya soal membangunkan kemanusiaan.
“Sekretariat perlu diperlengkapkan dengan persekitaran kerja yang harmoni, idea dan perkara-perkara baru sebagai nilai tambah”, ujar beliau.
Turut bersama dalam kursus ini ialah Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM.