MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus fertigasi tarik minat belia ceburi bidang pertanian

PADANG SERAI 14 Ogos – Kerajaan melalui pelbagai agensi sentiasa menyediakan bantuan kepada belia yang berminat untuk menyertai bidang pertanian dalam usaha untuk membantu ekonomi belia khususnya belia luar bandar.

Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani MBM (PIAT) dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan, Majlis Belia Negeri Kedah (MBNK), MAYC Padang Serai dan Pertubuhan Peladang Kawasan Padang Serai telah menganjurkan Kursus Fertigasi Tanaman Cili sempena Sambutan Hari Belia Negeri Kedah bertempat di Dewan PPK Padang Serai yang telah dihadiri seramai 80 orang belia.

Majlis perasmian disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah , Encik Abd Aziz Abd Rahman.

Turut sama hadir Presiden MBNK, Sdr. Amir Murshidi Datuk Shamsuddin; Exco MBM Sdr. Amir Syarifuddin Abd Majid, Timbalan Presiden MBNK, Sdr. Mohd Azlan Md Desa; Pengerusi MAYC Padang Serai, Sdr. Rostam Md Sabir dan Pengerusi Ahli Jemaah Pengarah PPK Padang Serai, Tuan Hj Omar Yahya.

Peserta yang hadir didedahkan secara teori dan praktikal bagaimana penanaman cili boleh dilakukan secara fertigasi moden dan menguntungkan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »