MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus Asas Rekreasi Tahap 1 Peringkat Negeri Kedah

Perak | 13 – 16 Mei – Sdr. Amir Syarifudin, Exco MBM telah menjadi ketua jurulatih bagi Kursus Asas Rekreasi Tahap 1 Peringkat Negeri Kedah yang diadakan di Taman Reakrasi Batu Hampar,Perak.

Turut hadir dalam kursus tersebut, Encik Abdul Aziz Abdul Rahman Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah dan Encik Shamsul Qamar Shamsuddin, Pegawai Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu.

Kursus ini merupakan platform yang disediakan oleh Kementerian Belia dan Sukan dalam melahirkan penggiat Rekreasi yang berkemahiran, berketerampialan dan berkualiti di dalam bidang kejurulatihan.

Program telah dikendalikan oleh Kelab Sukan Rekreasi Serdang dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan Negeri Kedah, Pejabat Belia dan Sukan Daerah Bandar Baharu serta Majlis Belia Daerah Bandar Baharu.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »