MAJLIS BELIA MALAYSIA

KURSUS ASAS PENGURUSAN RUMINAN, PERMANIAN HADAS AI DAN TAKLIMAT AGROPRENUER MUDA

SIMPANG RENGGAM 3 November – Malaysia sehingga kini masih lagi mengimport daging lembu dari negara luar bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat saban hari.

Melihat perkembangan ini, Majlis Belia Malaysia (MBM) melalui Biro Pertanian dan Industri Asas Tani mengambil inisiatif mengadakan program-program bagi membantu belia yang ingin menceburi bidang penternakan lembu.

Program Kursus Asas Pengurusan Ruminan, Permanian Hadas AI dan taklimat Agroprenuer Muda telah berjaya dilaksanakan bertempat di Dzahan Agrotech Farm pada 31 Oktober hingga 3 November 2019.

Kursus 4 hari 3 malam ini yang mendapat sokongan penuh dari Kementerian Belia dan Sukan Malaysia ini telah dihadiri oleh 30 orang belia dari seluruh negara. Program ini juga mendapat sokongan penuh dari pelbagai agensi kerajaan terutamanya dari Jabatan Veterinar Malaysia.

Program ini telah dirasmikan oleh Sdr. Wan Asri Wan Jusoh, Pegawai Perkhidmatan Veterinar Malaysia Kluang Johor disaksikan oleh Sdr. Muhammad Fadzli Hassan, Timbalan Presiden MBM, Cik Puan Fadhilah Ahmad, Timbalan Pengarah JBSN Johor dan Sdr. Mohd Rasidi Ismail, Naib Presiden II MBN Johor. Turut hadir Pengerusi PIAT MBM, Sdr. Abdul Hafeez Abdullah.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »