MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kursus asas dan persediaan menjadi pengendali radio amatur

KUALA LUMPUR 5 Feb – Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia (MBM) Sdr. Hasnul Haniff Harun telah hadir menyempurnakan majlis penutup dan penyampaian sijil Kursus Asas dan Persediaan Menjadi Radio Amatur bertempat di Wisma MBM di sini.

Program berlangsung dua hari ini dianjurkan oleh Persatuan Kebajikan Radio Amatur Ukhwah dengan kerjasama MBM telah disertai seramai 37 orang peserta yang terdiri pelbagai lingkungan umur.

Untuk rekod, mulai Januari 2023 Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah memperkenalkan kelas baharu bagi pengendali radio amatur iaitu Kelas C (9W3) berbanding sebelum ini Kelas B (9W2) dan Kelas A (9M2). Had kelayakan umur minimum bagi memiliki lesen radio amatur juga telah diturunkan kepada 15 tahun berbanding 18 tahun sebelum ini.

Radio amatur merupakan satu cabang hobi dalam bidang komunikasi yang mana setiap individu yang layak memiliki lesen layak untuk mengendalikan radio amatur mengikut frekuensi yang telah ditetapkan oleh pihak SKMM. Radio amatur juga medium komunikasi penting yang digunakan apabila berlakunya sesuatu bencana besar.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »