26 Julai 2019| Wisma Majlis Belia Malaysia.
MBM telah menerima kunjungan dari pihak Suruhanjaya Integriti Agensi Penguatkuasaan (EAIC) dan disambut oleh Sdr. Hasnul Haniff, Setiausaha Agung MBM bagi membincangkan ruang kerjasama yang boleh diteroka.
EAIC merupakan sebuah suruhanjaya yang menerima aduan salah laku daripada orang ramai terhadap pegawai penguat kuasa atau agensi penguatkuasaan dan bertanggungjawab menyiasat aduan tersebut.