MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan Perbincangan MBM Ke YBK

Selangor | 16 Mei – Kepimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menghadiri sesi taklimat dan perbincangan perancangan program bersama Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) dan Yayasan Bina Kesejahteraan di pejabat YBK, Kelana Jaya di sini.

Sesi perbincangan berkisar mengenai perancangan awal program kerjasama antara MBM, YBK dan YBCare. Antara yang dicadangkan adalah Majlis Makan Malam, Seminar Antarabangsa Basmi Kemiskinan dan siri jelajah ‘Mobile School’.

Perbincangan lanjutan dan pembentukan jawatankuasa kerja akan diaturkan dalam masa terdekat.

MBM diwakili Datuk Syed Osman Mohamed, Naib Presiden, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung dan Sdr. Mohd Faiz Shuhaimi, Exco MBM.

Turut sama Datin Dr. Hajah Hartini Osman, Pengerusi YBCare dan Sdr. Sherhan Nizam Abdul Aziz, Pengurus Besar YBK.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »