MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan MBM kepada Duta Besar China kukuhkan hubungan baik

KUALA LUMPUR 2 Sep – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Duta Besar China ke Malaysia, TYT Ouyang Yujing bertempat di Kedutaan China Jalan Ampang pagi ini.

Delegasi MBM diketuai Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Kunjungan ini sebagai ramah mesra bersama Duta China ke Malaysia yang baharu selain menyambung hubungan baik yang terjalin sebelum ini.

Presiden MBM turut mengucapkan terima kasih kepada pihak Kedutaan atas bantuan Prosperity Box semasa Covid-19 melanda negara sebelum ini.

Turut disentuh dalam pertemuan ini mengenai program biasiswa belia Malaysia yang ingin menyambung pelajaran di China, program pembangunan usahawan muda dan hubungan bilateral kedua-dua negara.

MBM turut merancang program kerjasama pembangunan kepakaran bagaimana belia Malaysia boleh mempelajari bidang teknologi di China.

TYT Ouyang menyatakan sebenarnya banyak program kerjasama dan bilateral telah dirancang namun tertangguh akibat pandemik Covid-19.

Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun; Naib Presiden MBM, Datuk Syed Osman Mohamed dan Exco MBM, Sdr. Syed Mohammed Naquib Syed Abdul Rahman.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »