KUALA LUMPUR 22 Ogos – Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Sdr. Jufitri Joha dan Timbalan Pengerusi Tetap MBM, Sdr. Mohd Rosidi Hasan telah berkunjung ke pejabat Tan Sri Abdul Aziz Rahman, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) di sini.
Beliau ibarat ‘library’ dan wajib didekati oleh anak muda kerana tingginya ilmu dan pendidikan, luasnya pengalaman, cermatnya bahasa dan pertuturan, mesranya layanan dan bersahaja. Beliau merupakan bekas Timbalan Menteri Besar Pahang ketika Tun Mohd Khalil Yaacob menjadi Menteri Besar.
MBM mendoakan beliau diberi kesihatan yang baik oleh Allah SWT dan terus dapat menyumbang bakti untuk negara.