KUALA LUMPUR 12 Mei – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah menerima kunjungan dari JCI Lead Tropicana diketuai Encik Anwar Sadat bertempat di Pejabat MBM. Delegasi ini disambut oleh Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun.
Pertemuan bertujuan mengadakan kerjasama bagi menjayakan program berbentuk latihan New Entreprenuer Championship Conference (NECC 5.0) yang dijadualkan pada Jun hingga September 2022.
MBM menyambut baik usaha ini dan memberi komitmen memastikan penglibatan seramai mungkin usahawan dalam kalangan wanita dari gabungan MBM menyertai program ini.
Hadir sama Presiden MBM, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid dan Presiden Majlis Belia Wilayah Persekutuan, Sdr. Naseer Mohamed.




