KUALA LUMPUR 5 Februari – Majlis Belia Malaysia (MBM) menerima kunjungan daripada Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IYRES) yang ketuai Ketua Pegawai Eksekutifnya Dr. Vellapandian bersama pegawai-pegawai.
Kunjungan ini disambut oleh Sdr. Jufiti Joha, Presiden MBM bersama Sdri. Atiqah Syahirah Shaharudin, Penolong Setiausaha Agung MBM. Turut serta Sdr. Thai Ming Yeow dan Sdr. Fauzi, Felo Penyelidikan MBM.
Dalam kunjungan tersebut pihak IYRES telah membentangkan beberapa perkara berkaitan penyelidikan yang dilaksanakan olehnya. Selain itu, antara perkara yang dibincangkan juga adalah berkenaan ruang kerjasama yang boleh dimanfaatkan diantara dua pihak dalam bidang penyelidikan pembangunan belia di Malaysia.