KUALA LUMPUR 7 Feb – Kunjungan hormat World Assembly of Muslim Youth (WAMY) Malaysia kepada Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM) diketuai oleh Encik Majid Marawi, Pemangku Pengarah WAMY Malaysia.
WAMY didaftarkan dibawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dan berpusat di Riyadh, Arab Saudi. Sesi ini membincangkan tentang jalinan kerjasama program di antara MBM dan WAMY. Hadir sama Sdr. Hanapi Jamaluddin, Felo Penyelidikan MBM.