Kuala Lumpur | 2 April – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tuan Ibrahim Sani, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Peneraju Pendidikan Bumiputera bertempat di pejabatnya.
Hadir mengetuai kunjungan hormat tersebut, Sdr. Izzat Afifi Abdul Hamid, Presiden MBM.
Turut serta, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Abu Kadir, Penolong Setiausaha Agung MBM.
Antara perkara yang dibincangkan adalah mengenai kerjasama yang berterusan khususnya mengenai PROKENS yang pernah dilaksanakan bersama pada tahun lepas.