KUALA LUMPUR 6 Mac – Dalam meningkatkan hubungan baik dan kerjasama erat dengan media, Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Utusan Malaysia Berhad ke Ibu Pejabat Utusan Melayu (M) Berhad di sini.
Rombongan MBM yang diketuai Presiden, Sdr. Jufitri Joha disambut dengan mesra Pengarang Utusan Malaysia, Datuk Zulkefli Hamzah, Penolong Pengarang Utusan Malaysia, Zulkiflee Bakar, Pengarang Berita Kanan Utusan Malaysia, Nizam Hamid serta pegawai-pegawainya.
Dalam pertemuan ini, pihak Utusan membuka ruang yang luas kepada MBM dan badan-badan gabungannya untuk menghebahkan aktiviti-aktiviti dan berita persatuan selain penulisan di akhbar konvensional mahupun digital.
MBM juga dibawa meninjau kemudahan dan bidang tugasan media secara lebih dekat.
Turut hadir, Timbalan Presiden MBM, Sdr. Muhammad Fadzli Hassan, Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun, Ketua Penerangan MBM, Sdr. Wan Mohd Husni Abdullah, Exco MBM, Sdr. Syed Osman Mohamed, Sdr. Abdul Hafeez, Sdr. Muhamad Iqmal Mahadi, Sdr. Mohamad Nazri Abd Latif dan Presiden MIYC, Sdr. M. Siva Balan.