Putrajaya | 10 Jun – Majlis Belia Malaysia (MBM) telah mengadakan kunjungan hormat kepada Tourism Malaysia yang disambut oleh Datuk Musa Hj. Yusuf, Timbalan Ketua Pengarah Bahagian Promosi.
Kunjungan diadakan di bilik mesyuarat Tourism Malaysia, bangunan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia. Sdr. Hasnul Haniff Harun, Setiausaha Agung MBM dan Sdr. Mohd Ismail Mahyuddin, Exco MBM telah hadir dalam kunjungan tersebut.
Antara perkara dibincangkan adalah mengenai kerjasama program dalam sektor pelancongan dan sebagainya.