MAJLIS BELIA MALAYSIA

Kunjungan hormat MBM kepada Timbalan Menteri Kewangan I

PUTRAJAYA 21 Jun – Pimpinan Majlis Belia Malaysia (MBM) hari ini telah mengadakan kunjungan hormat kepada Timbalan Menteri Kewangan I, YB Dato’ Mohd Shahar Abdullah bertempat di Kementerian Kewangan.

Rombongan MBM diketuai Presidennya, Sdr. Mohd Izzat Afifi Abdul Hamid.

Pertemuan bertujuan mendapatkan pandangan dan nasihat berhubung perihal pembangunan belia memandangkan golongan ini paling banyak yang berkait dengan sektor kewangan.

Turut dibincangkan mengenai ruang kerjasama program antara MBM-Kementerian yang mampu menjadi ‘iconic event’ kepada MBM.

Dalam pertemuan ini juga, YB Menteri sempat berpesan agar MBM mengambil peluang untuk melaksanakan inisiatif di bawah Bajet 2023 supaya kesannya dapat dirasai golongan belia.

Hadir sama Setiausaha Agung MBM, Sdr. Hasnul Haniff Harun dan Penolong Ketua Penerangan MBM, Sdr. Syafiq Ridzwan.

LEBIH BERITA DISINI

BERITA

KENYATAAN AKHBAR

ANTARABANGSA

Translate »